Thursday, June 11, 2009

PENIPUAN DALAM FOREX

Info ini saya perolehi daripada website www.kursusforex.com dan saya rasakan wajar untuk saya berkongsi maklumat ini dengan anda semua

Apabila menyebut Forex, ramai yang cepat melatah. Kebanyakannya memberi komen Forex ini karut dan satu bentuk penipuan. Penipuan menggunakan nama Forex memang wujud secara besar-besaran di Malaysia. Forex yang karut itu biasanya tergolong dalam kategori :-

* Syarikat “Broker” Forex di Malaysia
o Syarikat ini akan merekrut ramai orang termasuk lepasan graduan Universiti untuk menjadi ejen mencari pelabur. Dan hakikatnya, boleh dikatakan 100% pelabur yang melabur dengan syarikat ini rugi kerana sememangnya syarikat ini memang targetnya adalah supaya sesiapa yang melabur dengan mereka wajib rugi kerana duit yang dilaburkan itu terus dimasukkan ke poket mereka. Ramai yang menjadi mangsa kerana mereka menawarkan pulangan setinggi 30%-60% setiap bulan, dijamin, ditambah pula dengan pejabat yang sofistikated dan ejen yang berkata-kata manis.

* Syarikat-syarikat ini banyak sekali di seluruh Malaysia (dan masih beroperasi) terutamanya di sekitar Bukit Bintang dan di menara Amcorp Mall, dan pelbagai jenis menara lagi yang mempunyai office yang agak sofistikated. Dan jumlah kutipan pelabur bagi satu-satu syarikat adalah bukan ratus,ribu atau ratus ribu, tetapi adalah lebih dari 10 juta, mungkin mencecah 50 hingga 100 juta. Maka, tidak terkejut jika isu Forex ini memang Bank Negara benar-benar mengambil perhatian.

* Modus operandi adalah mendakwa mereka adalah cawangan dari broker dari luar negara, biasanya USA, Hong Kong, New Zealand. Walhal apabila dikaji dan disiasat, principal di sana tidak wujud. Dan tentunya broker tersebut tidak dipantau dan diregulate oleh badan seperti NFA. Pelabur juga biasanya memasukkan duit terus TT ke akaun syarikat mereka di luar negara. Makanya, adalah susah untuk penguatkuasa mengumpul bukti untuk mendakwa mereka ini.

* Syarikat/Individu Menerima Duit Orang Ramai

o Penjelasan tentang kegiatan ini akan kami ambil dari bahagian FAQ kami


SOALAN

1.

Sekarang ini di Sabah,khususnya di Kota Kinabalu ada agen yang menjalankan sistem penukaran matawang ini dengan membawa ramai pelabur untuk mengikutinya dengan menawarkan pulangan serendah rm50 setiap minggu selama 5 bulan dengan modal minima rm300 satu lot.Sambutan orang ramai sangat menggalakkan dan mereka pula setkat ini belum gagal menunaikan janji membayar rm50 setiap seminggu.Kita tidak tahu siapakah leader sebenarnya di Sabah itu,adakah mereka ini dari kumpulan syarikat tuan,atau individu tertentu dan motif sebenar tidak diketahui kerana pelabur berpuas hati dengan pulangan rm50 seminggu itu.

2.

Apakah nasihat tuan tentang perkara ini,kerana seorang kawan saya yang berperanan mengumpul wang orang ramai untuk diserahkan kepada individu tersebut merasa ragu-ragu kerana ia melibatkan duit dan harapan orang ramai,jadi saya menasihati dia agar mempelajari selok belok perniagaan ini termasuk segala syarat dan terma yang tidak membelakangkan perundangan agar aktiviti yang sedia ada dapat dijalankan dlm masa panjang,selamat dan boleh membantu orang ramai dlm menjanga pendapatan sampingan.

3.

Saya tidak berniat negatif dalam hal ini,cuma ingin tahu sahaja,kalau pengendalian di sabah ini juga dibawah pengendalian pihak tuan saya rasa ianya adalah satu yang baik dan berfaedah dalam membantu orang-orang di sini yang sememangnya terdiri dari mereka yang memerlukan duit perbelanjaan yang lebih. Saya harap mendapat nasihat ,penjelasan dan tunjuk ajar yang berguna dari tuan. Tq

JAWAPAN KAMI

Kami tiada kena mengena dengan perkara ini. Hakikatnya, kami tidak pernah menerima wang orang ramai untuk dilaburkan ke Forex kerana menyalahi undang-undang. Ada banyak perkara yang tidak kena di sini, misalnya

a)
pulangan yang terlalu tinggi - tidak munasabah
b)
jaminan guarantee akan untung
c)
seolah-olah begitu "desperate"/terdesak sehinggakan modal RM300 pun tetap terima
d)
menerima wang orang ramai secara terbuka dan besar-besaran
e)
menawarkan pembahagian keuntungan setiap minggu - bukan setiap bulan atau setiap suku tahun atau setiap tahun
f)
tidak berlesen untuk menerima wang orang ramai

Ciri-ciri di atas ini adalah bukan ciri trader sebenar. Memang benar trader sebenar ada yang trade duit orang ramai, tetapi adalah dari Hedge Fund company yang berlesen dan menerima minimum beratus ribu atau berjuta ringgit.

INI ADALAH SAMA SEKALI TIADA KENA MENGENA DENGAN SYARIKAT KAMI.

Jauhkan diri anda dari golongan ini. Motif? Menipu semata-mata. Jika benar mereka ingin bertrading dengan duit terkumpul tersebut, saya mempertaruhkan nyawa saya jika mereka boleh kotakan janji mereka tersebut sekurang-kurangnya 5 tahun dari sekarang, mungkin seawal 6-12 bulan lagi. Ini adalah sistem ponzi, piramid, yang membayar balik keuntungan menggunakan modal pelabur baru. Mereka tidak boleh menipu orang yang benar-benar berpengalaman dalam bidang ini.

Kami sudah biasa mendengar tentang kegiatan ini sepanjang kami 2 tahun memberi servis pendidikan Forex yang sebenar kepada orang ramai. Dan kami akan cuba menjawab pertanyaan orang ramai mengenai aktiviti ini secara jujur supaya ramai yang tidak terjebak dan tertipu dalam perkara ini supaya orang ramai tidak tersalah anggap apa Forex sebenarnya.

Hakikatnya, beratus ribu atau mungkin berjuta individu dari seluruh dunia bertrading sendiri Forex di Broker yang benar-benar wujud dan genuine. Jangan sesekali memberikan wang anda kepada orang lain, kerana kelak, jika pengambilan deposit itu diketahui penguatkuasa, anda tidak akan mendapat kembali wang anda.

1 comment:

  1. salam sdr haizal.. sedikit pertanyaan asas, kalau saya berminat mcm mana saya nak memulakan forex ni, ada tak syarikat forex yg saudara bole rekemen

    ReplyDelete