Tuesday, January 27, 2009

Perbezaan FOREX dan SAHAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah perbezaan Forex dan Saham? ramai yg kurang arif mengatakan bahawa forex sama dengan urusniaga pasaran saham. Fakta ini adalah salah. Berikut adalah perbezaan Forex dan pasaran SAHAM.

Perbezaan Forex & Saham

1. Tiada komisyen.Kos transaksi rendah

2. Transaksi jual beli yang sangat pantas

3. Kecairan (market liquidity) yang sangat tinggi

4. Laverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil

5. Tiada ‘insider’, ‘orang dalam’ dan berita palsu.

6.Dagangan 24 jam, 5 hari seminggu

7. Pasaran 2 hala

HUKUM URUSNIAGA FOREX

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Banyak pertanyaan yang saya terima tentang kesasihan hukum berurusniaga dengan Forex. Saya bukan seorang Ustaz atau mufti untuk mengeluarkan fatwa, Sekadar panduan asas ilmu agama dan saya merujuk kepada banyak fatwa dan ilmu-ilmu agama yg berkaitan tentang dunia Forex.

Ada yg menyamakan Urusniaga Forex ini sama seperti urusniaga Money changer, tapi alhamdulillah saya menemukan video dari Ust Haji Zaharuddin. Anda yg menentukan bahawa urusniaga Forex ini HALAL atau HARAM.

selamat menonton




Saturday, January 10, 2009

Pengenalan kepada Akaun elektronik,Platform,Indicator dan News

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anda perlu mengenali beberapa tools penting sebelum melangkah lebih jauh sebagai Forex Trader. AKAUN ELEKTRONIK, PLAT FORM, INDICATOR DAN NEWS adalah tools yang perlu anda ketahui. Kesemua tools ini boleh anda perolehi diInternet secara percuma dan berbayar.

AKAUN Elektronik

Akaun Elektronik ini adalah tools penting sebelum anda menjadi trader dalam dunia Forex. Antara contoh Akaun Elektronik ialah E-DInar dan E-Gold. Akaun elektronik ini berfungsi sama seperti akaun bank anda seperti MAybank,RHB,CIMB dan sebagainya. Ia bersifat seperti Duit Maya supaya anda dapat melakukan transaksi urusniaga melalui internet.

PLAT FORM
Antara Platform yang terdapat di internet seperti money forex, interbank fx, fxcm, north finance, saxo bank dan sebagainya.Platform adalah satu medium untuk anda menjalankan perniagaan anda.Dalam perniagaan Forex, anda melakukan perniagaan Jual beli matawang. Maka, Anda perlukan Platform untuk menjalankan perniagaan anda.Untuk sesiapa yg baru berkecimpung dalam dunia FOREX, anda disyorkan menggunakan Platform MARKETIVA. Penggunaan plat form marketiva sangat sesuai digunakan kerana ia sangat senang dikendalikan dan bersifat mesra pengguna. Ia juga adalah platform yg sesuai untuk anda mengasah bakat dan skill anda dalam urusniaga forex.

Antara kelebihan lain platform marketiva ialah ia membenarkan seseorang trader menjalankan urusan trading dengan modal yang rendah, serendah 1 dollar sahaja. Di samping itu ia mempunyai live support 24 jam.


INDICATOR

Anda memerlukan INDICATOR sebagai penunjuk elektronik bagi mengetahui keadaan pasaran sebelum melakukan apa-apa urusniaga atau TRADING. Indicator ini akan menunjukkan keadaan pasaran samaada sedang naik UP TREND atau DOWN TREND.Dengan adanya INDICATOR ini juga akan membantu kita mendapatkan masa sesuai untuk berurusniaga dan memasuki pasaran.

INDICATOR boleh anda dapatkan juga di INternet secara berbayar dan percuma.


NEWS FOREX

News adalah analisis ASAS sesuatu pasaran forex. Ia banyak terdapat di internet sama ada berbayar mahupun free.News berperanan sebagai berita awal untuk menentukan sama ada keadaan pasaran matawang yang anda akan niagakan TURUN atau NAIK. Ini bermakna sebelum anda bertindak untuk memasuki pasaran anda telah mengetahui keadaan pasaran berkenaan. Hal ini akan menyebabkan ada dapat mengelakkan kerugian dan dapat memaksimumkan keuntungan.

Di samping itu news juga dapat mengelakkan anda meneka-neka atau mencongak keadaan pasaran tanpa asas. Jika anda meneka sahaja keadaan pasaran sama turun atau naik, anda sama seperti BERJUDI, kerana anda tidak pasti sama ada anda akan untung atau rugi. Hal ini boleh jatuh sebagai HARAM, dalam ISLAM. Oleh itu janganlah anda meneka-neka keadaan pasaran sebelum membuat trading. Pastikan dulu news jelas dalam menyatakan keadaan pasaran, barulah anda bertindak untuk memasuki pasaran sama ada BUY atau SELL.

Friday, January 2, 2009

Selamat Datang Kedunia Forex

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepesatan pembangunan teknologi IT di Malaysia telah menyebabkan pelbagai peluang perniagaan yang menggunakan teknologi Internet sebagai platform operasinya berkembang biak tumbuh seperti cendawan selepas Hujan. Antaranya ialah FOREX.

Ramai diantara rakyat Malaysia sudah terbuka dan mula mengenali dunia FOrex dan ratusan JUTAWAN FOrex dilahirkan dalam setiap 20 Minit. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan "FOREX" merupakan satu cara pantas untuk menjana pendapatan ratusan,ribuan dan Jutaan

Blog ini akan memberikan gambaran mudah pada anda berkenaan perniagaan FOREX secara asasnya. Diharap perkongsian ilmu ini dapat dimanafaatkan oleh semua pihak termasuk saya dalam mempelbagaikan pengetahuan berkenaan dunia perniagaan "FOREX".

Apa itu FOREX?? Bagaimana FOREX boleh menjadi satu kuasa yang Unggul dalam menjana pendapatan?.FOREX ialah perniagaan matawang yang melibatkan urusan tukaran matawang dari seluruh pelusuk Dunia. Perniagaan ini tidak pernah terhenti dan tidak pernah tidur kerana ia beroperasi 24jam sehari selama 5 hari seminggu. Ia bermula dari pukul 6pagi pada hari isnin hingga pukul 6pagi hari sabtu dan mencapai Jumlah urusniaga keseluruhan secara purata dalam sehari mencapai 2.4 trilion.

FOREX kebiasaanya diurusniagakan secara serius oleh golongan prfesional kerana ia memerlukan kemahiran khusus. Kebiasaannya trader-trader forex memerlukan pengalaman 1-5 tahun untuk benar-benar memahami perniagaan ini.

Namun, Dengan kepesatan teknologi IT, ia tidak sesusah dan sepayah dulu, Anda boleh menjadi trader forex hanya dari rumah sahaja dan menjana 100usd ke 1000usd sehari adalah sesuatu yg tidak lagi mustahil.Ia tidak lagi memerlukan modal yg besar dan kepakaran yg tinggi lagi.

Pada post yang akan datang, saya akan menceritakan lagi berkenaan perkara-perkara asas dalam memulakan perniagaan forex.

Salam Hormat dari saya

Haizal Ramdzan