Saturday, January 10, 2009

Pengenalan kepada Akaun elektronik,Platform,Indicator dan News

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anda perlu mengenali beberapa tools penting sebelum melangkah lebih jauh sebagai Forex Trader. AKAUN ELEKTRONIK, PLAT FORM, INDICATOR DAN NEWS adalah tools yang perlu anda ketahui. Kesemua tools ini boleh anda perolehi diInternet secara percuma dan berbayar.

AKAUN Elektronik

Akaun Elektronik ini adalah tools penting sebelum anda menjadi trader dalam dunia Forex. Antara contoh Akaun Elektronik ialah E-DInar dan E-Gold. Akaun elektronik ini berfungsi sama seperti akaun bank anda seperti MAybank,RHB,CIMB dan sebagainya. Ia bersifat seperti Duit Maya supaya anda dapat melakukan transaksi urusniaga melalui internet.

PLAT FORM
Antara Platform yang terdapat di internet seperti money forex, interbank fx, fxcm, north finance, saxo bank dan sebagainya.Platform adalah satu medium untuk anda menjalankan perniagaan anda.Dalam perniagaan Forex, anda melakukan perniagaan Jual beli matawang. Maka, Anda perlukan Platform untuk menjalankan perniagaan anda.Untuk sesiapa yg baru berkecimpung dalam dunia FOREX, anda disyorkan menggunakan Platform MARKETIVA. Penggunaan plat form marketiva sangat sesuai digunakan kerana ia sangat senang dikendalikan dan bersifat mesra pengguna. Ia juga adalah platform yg sesuai untuk anda mengasah bakat dan skill anda dalam urusniaga forex.

Antara kelebihan lain platform marketiva ialah ia membenarkan seseorang trader menjalankan urusan trading dengan modal yang rendah, serendah 1 dollar sahaja. Di samping itu ia mempunyai live support 24 jam.


INDICATOR

Anda memerlukan INDICATOR sebagai penunjuk elektronik bagi mengetahui keadaan pasaran sebelum melakukan apa-apa urusniaga atau TRADING. Indicator ini akan menunjukkan keadaan pasaran samaada sedang naik UP TREND atau DOWN TREND.Dengan adanya INDICATOR ini juga akan membantu kita mendapatkan masa sesuai untuk berurusniaga dan memasuki pasaran.

INDICATOR boleh anda dapatkan juga di INternet secara berbayar dan percuma.


NEWS FOREX

News adalah analisis ASAS sesuatu pasaran forex. Ia banyak terdapat di internet sama ada berbayar mahupun free.News berperanan sebagai berita awal untuk menentukan sama ada keadaan pasaran matawang yang anda akan niagakan TURUN atau NAIK. Ini bermakna sebelum anda bertindak untuk memasuki pasaran anda telah mengetahui keadaan pasaran berkenaan. Hal ini akan menyebabkan ada dapat mengelakkan kerugian dan dapat memaksimumkan keuntungan.

Di samping itu news juga dapat mengelakkan anda meneka-neka atau mencongak keadaan pasaran tanpa asas. Jika anda meneka sahaja keadaan pasaran sama turun atau naik, anda sama seperti BERJUDI, kerana anda tidak pasti sama ada anda akan untung atau rugi. Hal ini boleh jatuh sebagai HARAM, dalam ISLAM. Oleh itu janganlah anda meneka-neka keadaan pasaran sebelum membuat trading. Pastikan dulu news jelas dalam menyatakan keadaan pasaran, barulah anda bertindak untuk memasuki pasaran sama ada BUY atau SELL.

No comments:

Post a Comment